Rabu, 28 Januari 2015

Jenis Autobiografi : Aku Sebatang Sungai

             Aku ialah sebatang sungai yang hidup di tengah-tengah kota kosmopolitan.Suatu ketika dahulu,akulah nadi pengangkutan utama.Aku membawa dan menghantar barang ke pelbagai tempat.
       Airku merupakan sumber yang tidak ternilai harganya kepada manusia.Air sungaiku bersih dan menjadi tempat mandi-manda di hujung minggu.Aku juga berguna dalam perindustrian dan pertanian.Akulah sumber utama untuk para nelayan mencari rezeki kerana di dalam perutku terdapat pelbagai hidupan air.
        Segala-galanya musnah setelah manusia bijak mencipta pengangkutan moden,ada air paip yang lebih bersih dan tumbuhnya banyak kilang perindustrian.Kilang ini dibuka bagai cendawan tumbuh selepas hujan.Ada diantara kilang-kilang ini membuang sisa toksik ke dalam perutku.Lebih malang lagi aku dijadikan tempat pembuangan sampah.
       Akhirnya aku tercemar,airku dicemari toksik yang beracun.Kesihatanku juga terjejas,Aku sering sakit,Airku tidak sejernih dahulu lagi.Ikan-ikan dan hidupan air yang lain takut menjenggukku.Para nelayan juga menjauhkan diri daripada aku.Keriangan budak bermandi-manda tidak kedengaran lagi.Aku merintih sendirian,tapi tiada siapa yang sudi mendengarnya.
        Nasibku bertambah parah tatkala air kotor dan sisa-sisa toksik dari kilang berhampiran dialirkan kepadaku.Segala sampah-sarap dan dan sisa-sisa toksik yang beracun menutupi wajahku,sehingga manusia boleh berjalan di atasku kerana sampah yang terlalu tebal.
        Sesetengah pengusaha ladang ternakan pula melepaskan air kumbahan ternakan ke dalam sungai dengan sewenang-wenang.Keadaan ini membuatku berbau busuk dan berulat.Manusia benci melihat aku,apa tidaknya akulah pembawa berbagai-bagai jenis penyakit seperti taun dan penyakit kulit kepada penduduk.
        Beginilah nasibku sebagai sebatang sungai.Jika sikap buruk manusia ini berterusan ,aku yakin generasi akan datang tidak akan mengenaliku.Mereka hanya kenal tasik-tasik dan kolam buatan mereka sendiri sahaja.
                                                                        
         Yang suka karangan ini,pls give komen.TQ. 

 karya:Aiman Sew (GURU TUITION )