Khamis, 5 Mac 2015

Jenis Cereka:Pada cuti sekolah yang lalu,kamu telah bercuti di kampung datuk bersama keluarga.Banyak aktiviti yang telah kamu lakukan sepanjang bercuti di sana.Ceritakan aktiviti-aktiviti tersebut.

              Kehasratan untuk saya bercuti di kampung datuk akhirnya tercapai apabila cuti persekolahan yang lalu,ayah membawa kami sekeluarga pulang ke kampung datuk yang terletak berhampiran di Eco Dusun Resort,Bentong,Pahang.
        Kami sekeluarga membonceng kereta ayah ke sana.Perjalanan mengambil masa kira-kira dua jam melalui Lebuhraya Karak akhirnya kami sampai di rumah datuk tepat pukul tiga petang.Datuk dan nenek menyambut kami sekeluarga dengan tangan terbuka.
         Kata nenek kami langkah kanan,kebetulan masa sekarang musim buah-buahan.Saya melompat kegembiraan kerana dapat menikmati pulasan dengan sepuas hati.
         Banyak aktiviti-aktiviti yang dapat saya lakukan sepanjang bercuti di kampung datuk.Saya dapat mandi air sungai bersama datuk,saya dapat memancing ikan haruan dengan datuk serta saya dapat menikmati udara nyaman dan mendengar kicauan burung merbuk yang merdu.
         Pada hari kedua,selepas bersarapan pagi,saya berpeluang mengikuti datuk ke dalam hutan untuk menjerat burung. Menjerat burung merbuk memang hobi datuk.Saya meminta datuk mengajar saya tentang cara-cara untuk menjerat burung.
         Pada sebelah petang,saya menolong nenek menjual kuih-muih di kawasan kampung.Hasil pendapatan menjual kuih-muih itu,nenek gunakan membeli sayur-sayuran untuk memasak makan malam.Saya dapat makan ulaman masakan nenek yang enak.
         Walaupun datuk sudah tua,tetapi dia masih cekap memanjat pokok kelapa.Kami sekeluarga dapat menikmati air kelapa muda yang sedap.Kini musim buah-buahan,di dusun datuk terdapat banyak buah-buahan seperti buah durian, manggis,duku langsat,dokong,rambutan,jambu batu,cempedak dan buah salak.
          Kami sekeluarga dapat menikmati pulasan dengan sepuas-puas hati.Sementara menunggu durian gugur,ayah membakar sabut untuk menghalau nyamuk.Tiba-tiba kami semua terdengar bunyi seperti buah durian gugur.
          Alhamdulillah,kami dapat makan isi durian yang sedap dan wangi.Kata datuk itu durian jenis raja musang".Wah,memang sedap!"kata saya.Datuk mengait buah rambutan,manakala saya menolong datuk mengutip dan masukkan ke dalam bakul besar.Buah rambutan itu untuk pembasuh mulut selepas makan malam.
          Setelah sepuluh hari bercuti di kampung datuk,kami meminta diri pulang ke Kuala Lumpur.Sebelum pulang,datuk memberi beberapa biji buah durian dan sedikit rambutan sebagai buah tangan untuk kami membawa pulamg.Selepas bersalaman dengan datuk dan nenek,kami pun bertolak.
           Saya berasa bangga dan gembira kerana dapat mempelajari serba sedikit tentang cara-cara  kehidupan orang kampung.Dan dapat menjalani  aktiviti-aktiviti yang menarik sepanjang di samping datuk.Saya berharap agar dapat bercuti lagi di kampung datuk pada cuti sekolah yang akan datang.
                                                                                           Like karangan ini, sila give komen.tq,