Selasa, 23 Disember 2014

Pertemuan seorang isteri dengan suaminya.

          Pertemuan pertama seorang isteri dengan suaminya,atau seorang suami dengan isterinya adalah sesuatu yang sangat indah.Senyuman itu adalah ungkapan awal untuk kesepakatan dan harmoni.
        Senyuman mu di depan saudara mu adalah sedekah.( Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah,hendaklah kamu memberi salam kepada sesiapa yang seperti kamu dengan memohon kepada allah cara hidup yang berkat dan lagi baik.
        Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat.Maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik dan lembut.Sama ada isteri ataupun suami.
        Alangkah bahagianya rumah tangga seandainya pasangan suami dan isteri itu tiap-tiap satunya menjauhi semua bentuk ucapan yang buruk dan melukai perasaan sertai makian. 
         
                  If like, pls give komen.tq, so much.

Rabu, 17 Disember 2014

Jenis Autobiografi : Aku Seutas Jam Tangan

        Aku merupakan seutas jam tangan perempuan yang berjenama dan mahal.Aku berwarna kuning keemasan dan mempunyai dua belas butir permata di mukaku.Aku diimport dari New York.Aku di beri nama Citizen.
        Aku di hantar ke sebuah kedai jam tangan yang terletak di dalam pusat membeli-belah di Sungai Wang.Lot 10.Kemudian, aku disusun rapi di dalam sebuah almari kaca yang berkunci serta disuluhi lampu-lampu yang kecil.Aku dijual dengan harga Rm 3.888.00 seutas.
        Setiap tahun,menjelang hari perayaan pasar raya akan mengadakan jualan promosi.Banyak pelanggan akan mengunjungi kedai jam tangan ini tersebut.Aku telah dibeli oleh seorang perempuan yang bergelar 'Datin' Beliau salah seorang daripada ahli parlimen Barisan Nasional ( Umno).
        Saban hari,beliau memakai aku untuk menghadiri Mesyuarat Persidangan Parlimen.Beliau begitu sibuk dengan urusan-urusan kerjanya.Aku berkhidmat kepadanya untuk memberitahu masa.Aku juga dipakai olehnya ke majlis kedamaian.Setiap orang pasti memuji akan kecantikan aku.Aku tidak terputus-putus terima segala kepujian itu.Semua ahli undangan yang hadir pasti akan memandang ke arah tangan tuanku.Ini sudah pasti aku yang paling termahal sekali dan yang tercantik sekali.Aku dijaga dengan baik oleh tuan aku.
        Tetapi malang tidak berbau.Pada suatu hari,puanku telah menimpa kecelakaan.Tuan aku telah  dikepung oleh sekumpulan mat rempit Mereka maragut dan memaksa tuan aku menanggalkan jam tangan yang dipakainya tersebut sewaktu di tempat meletakkan kereta.Pada saat itu aku telah jatuh ke tangan sekumpulan mat rempit.
        Nasibku tidak baik,aku telah dipajak oleh mat rempit ke sebuah kedai pajak.Sejak peristiwa itu,aku hidup dalam kesunyian berada dalam kedai pajak seorang diri.Begitulah hidup riwayatku sebagai seutas jam tangan.
     

Khamis, 11 Disember 2014

Jenis peribahasa'' Masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang kerbau menguak.''

         Masyarakat Melayu tradisional kaya dengan pengucapan berbahasa.Peribahasa merupakan kalimat indah atau kelompok kata yang mempunyai susunan tetap dan mengandungi maksud yang tertentu.
         Semuanya dicipta oleh orang-orang tua zaman dahulu sebagai nasihat,ingatan,panduan hidup,rendungan masyarakat,menyindir atau menyatakan sesuatu hajat.
          Peribahasa di atas membawa maksud kita haruslah menyesuaikan diri walau di mana sahaja berada,terutamanya di tempat baru kita kunjungi.Sikap ini menunjukkan bahawa kita menghormati masyarakat tersebut.Janganlah kita hendak berlagak di tempat orang,nanti rosak badan kerana mulut.
          Mengapa kambing dan kerbau dijadikan ibarat?Kita semua maklum bahawa kedua-dua haiwan ini mempunyai bunyi yang berlainan.Bayangkan sahaja jika tiba-tiba seekor kerbau muncul di dalam kandang kambing,pasti semua kambing di situ terkejut.
          Sejarah membuktikan bahawa orang yang tidak pandai menyesuaikan dari akan menerima padah.J.W,W Brich di Perak dibenci dan akhirnya dibunuh akibat kesombongannya.Namun penyesuaian itu seharusnya berlaku terhadap perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan sahaja.Jika masyarakat disekeliling kita sering mengumpat,wajarlah kita menghindarinya.Tunjukkan contoh dan nilai-nilai murni yang baik agar mereka menyenangi kita.
          Andai peribahasa ini diamalkan,pasti seseorang perantau mudah diterima dalam masyarakat seperti kata pepatah '' ada ubi ada talas,ada budi ada balas.''

192 patah perkataan.

Jumaat, 5 Disember 2014

Jenis Biografi: Tokoh Seniman Yang Saya Kagumi

          Setiap orang pasti mempunyai tokoh seniman yang dikagumi.Tokoh seniman yang saya kagumi merupakan seorang penghibur yang lucu serta mempunyai suara yang merdu.Setiap filem atau lakonannya pasti akan mencuitkan hati para penonton sehingga ketawa terbahak-bahak apabila menonton wayang lakonannya.
           Tokoh itu ialah Allahyarham Tan Sri P Ramlee.Beliau dilahirkan di Pulau Pinang pada 22 Mac 1929.Ibunya bernama Che Mah Hussien manakala ayahnya bernama Teuku Nyak Puteh Teuku Karim.Beliau mendapstkan pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan menyambung pelajarandi Penang Free School.
            Tan Sri P,Ramlee  memulakan kariernya dengan bermain ukele.Kemudian,beliau belajar bermain gitar dan biola dengan Encik Kamaruddin iaitu pemimpin brass band di Penang Free School.Beliau telah menyertai pertandingan nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947.Belian menggunakan huruf ''P'' bagi Puteh di awal namanya dan kekallah nama P.Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.
           Beliau merupakan seorang seniman terkenal di dalam bidang nyanyian dan lakonan.Filem pertama lakonan Tan Sri .Ramlee ialah 'Chinta' pada tahun 1948.Karier beliau terus berkembang di mana beliau telah berlakon sebanyak 27 buah filem antara tahun 1948 hingga 1956.Salah seorang pendorong dan guru P, Ramlee dalam dunia perfileman melayu ialah Datuk L Krishnan.Tan Sri P. Ramlee telah banyak  berlakon dalam bidang perfileman  melayu arahan Datuk L Krishnan.
           Antara tajuk filem yang menarik dan menghiburkan hati seperti filem bertajuk Seniman Bujang Lapok,Ali Baba Bujang Lapok,Pendekar Bujang Lapok,Madu Tiga,Laksamana Do Re Mi, Do Re Mi,  Nujum Pak Belalang dan Si Bongkok.Filem lakonan beliau yang amat saya  sukai adalah Seniman Bujang Lapok,Madu Tiga,Ali Baba Bujang Lapok, dan Nasib Labu dan Labi.
           Sepanjang penglibatan beliau dalam bidang seni,beliau telah banyak menerima anugerah seperti penyanyi terbaik,pelakon lawak terbaik di tanah air ini.Beliau juga menerima anugerah Khas melalui filem ( Ibu Mertuaku )Beliau meninggal dunia pada hari Selasa 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun.
           Bagi mengenang jasa dan sumbangannya,beliau dianugerahi darjah '' Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota''oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri.Kisah hidup beliau telah dipentaskan dalam satu pementasan teater muzikal yang bertajuk '' P, Ramlee the musikal..... Hidup, Cinta dan Inspirasi''.

361 patah perkataan.