Selasa, 6 Februari 2018

Tajuk : SUATU KEBAKARAN YANG SAYA SAKSIKAN / karangan jenis cereka

        Cuaca setempat kelihatan panas terik.Wap panas seolah-olah keluar dari bumi dan merayap keseluruhan lembah ini.Angin panas sesekali bermaharajalela di luar.
         Saya dan beberapa orang jiran sedang bersibuk-sibuk menolong di rumah orang kenduri kahwin.Ketika itu suasana menjadi begitu meriah dengan pelbagai telatah dan gelagat orang-orang kampung yang sedang sibuk dengan kerja masing-masing.
          Ada yang sedang makan sambil berbual-bual.Ada pula yang sedang sibuk memasak lauk-pauk kenduri.Sebilangan kanak-kanak sibuk bermain sambil berlari ke sana sini dengan penuh keriangan.
          Tiba-tiba kami dikejutkan suara orang memekik meminta tolong.Suasana gembira tiba-tiba bertukar menjadi riuh apabila sebuah rumah berdekatan terbakar dijilat api.Mata saya terbeliak luas apabila melihat kepulan asap yang semakin tebal dan api yang semakin marak. 
          Situasi menjadi kelam-kabut di rumah kenduri.Kedengaran riuh-rendah suara penduduk kampung yang bertungkus-lumus cuba menyelamatkan keadaan.Masing-masing sibuk mengangkut air untuk memadamkan api. Saya turut membantu memadamkan kebakaran selain menyelamatkan beberapa dokumen-dokumen penting pemilik.
          Pihak polis dan bomba telah dihubungi melalui telefon bimbit salah seorang daripada orang ramai yang berada disitu.Lima minit kemudian dua buah jentera bomba tiba untuk memadamkan kebakaran tersebut daripada merebak ke rumah-rumah berhampiran.
          Dalam masa setengah jam api telah dapat dipadamkan.Kebanyakan harta-benda pemilik tidak dapat diselamatkan.Punca kebakaran itu masih belum diketahui.
     
           Sekian,terima kasih.
    Guru home tuition
    Aiman Sew 010-4234828.