Isnin, 24 Ogos 2015

Jenis Ceraka Tajuk : Pengalaman memancing.

          Pagi ini cuaca cerah,tiupan angin bayu sesekali bermaharajalela diluar.Saya dan Azam berkumpul di rumah Imran bersama-sama dengan kawan-kawan yang lain.Kami menyediakan peralatan untuk memancing.Joran,mata kail,baldi dan umpan seperti cacing dan udang kecil serta sedikit makanan untuk alas perut.
           Setelah siap,kami bergerak menuju ke sebatang sungai yang terletak di hujung kampung.Kami semua menunggang basikal sambil bersiul-siul riang.Kami berharap akan mendapat ikan yang banyak.
           Setibanya di sana,suasana sunyi dan air tenang.Kami segera memilih lokasi yang sesuai.Kami mula memasang umpan pada mata kail dan terus memancing.
            Kami memancing sambil isi perut dengan makanan yang dibawa.Beberapa ketika,joran Azam bergerak-gerak seperti ditarik sesuatu.Azam merentap joran dan melihat,kegembiraan terpancar diwajahnya apabila seekor ikan patin besar tersangkut pada mata kailnya.
            Sejurus itu,joran saya juga bergerak-gerak,saya mendapat seekor ikan haruan. Imran memberi isyarat tanda bagus,memang rezeki kami hari ini.Kami memasukkan ikan itu ke dalam sebuah baldi yang berisi air.
           Kami semakin teruja apabila umpan kami itu mengena.Kami berlumba-lumba untuk mendapat lebih banyak ikan.Tiba-tiba kami semua dikejutkan oleh jeritan meminta tolong!
           Saya dan Imran segera meletakkan joran,kawan-kawan yang lain terus memancing.Kami melilau mencari arah datangnya suara itu.Jeritan meminta tolong semakin kedengaran dengan jelas.Tiba-tiba saya terlihat seorang budak lelaki terkapai-kapai dan hampir lemas.
           Tanpa berfikir panjang,saya terus terjun ke dalam sungai.Saya berenang ke arah budak itu dan terus mencapai tangannya.Imran segera mencari dahan yang panjang untuk saya berpaut.Akhirnya selamat sampai di tebing sungai.Budak itu pengsan,kami memapah budak itu ke tempat kami memancing.
            Syukurlah,Azam pernah belajar cara-cara melakukan pertolongan cemas di sekolah.Azam segera memberi bantuan pernafasan dari mulut ke mulut.Akhirnya budak itu tersedar.
            Rancangan berlumba-lumba memancing ikan tidak kesampaian.Kami semua mengemas peralatan,niat untuk menghantar budak itu balik ke rumahnya tercapai kerana semuanya bersetuju.
            Kami semua sebulat sekata menghantar budak itu sampai ke rumahnya.Keluarga budak itu mengucapkan ribuan terima kasih kepada kami semua.Ibu bapa budak itu mengundang kami minum petang di rumahnya.Tetapi kami menolak dengan sopan kerana pertolongan kami ikhlas.
            Di dalam hati,saya berasa bangga kerana bak pepatah" Buat baik,di balas baik."Banyak kita berbuat baik,banyak lagi pahala yang kita dapat.
         
      Karya:Aiman Sew( guru tuition)

Rabu, 1 Julai 2015

JENIS CEREKA : Sukan yang saya minati .

           Dewasa ini,ramai orang yang terlibat dalam aktiviti sukan.Aktiviti sukan ini penting kepada kita,bangsa dan negara.
            Aktiviti ini dilakukan sepenuh masa,separuh masa atau hanya sebagai aktiviti riadah.Aktiviti sukan ini memberikan faedah yang banyak kepada seseorang.
            Aktiviti sukan yang saya minati ialah sukan badminton.Sukan badminton ini merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh dua orang pemain bertentangan ( perseorangan ) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu) .
            Permainan badminton ini sesuai dimainkan pada waktu petang ataupun pada waktu malam.Kita boleh bermain badminton di gelanggang badminton yang disediakan di taman permainan mahupun menyewa gelanggang badminton.
            Saya suka bermain badminton kerana pemainan ini dapat melatih kecekapan dan ketangkasan saya ketika bertindak balas terhadap pasukan berlawan.Bermain badminton dapat menyihatkan badan kita.Sewaktu bermain badan kita akan mengeluarkan banyak peluh.Hal ini kerana anggota fizikal akan digerakkan dengan aktif.
           Aktiviti bersukan ini juga dapat menyindari seseorang daripada penyakit berbahaya seperti penyakit jantung,darah tinggi, dan kencing manis.Bersukan secara aktif menyebabkan kita bebas dijangkti penyakit berbahaya mahupun penyakit berjangkit.
           Dalam pada itu,aktiviti bermain badminton juga dapat merapatkan hubungan antara ahli keluarga dan rakan-rakan.Hal ini demikian kerana lazimnya kita bersukan dengan orang lain,dan bukannya bersendirian.Malahan,pengetahuan tentang sesuatu bidang sukan juga dapat diperluas.
           Disamping itu,kita dapat melatih diri untuk menguruskan masa secara bijak.Kita juga dapat mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala-gejala negatif.
           Saya suka bermain badminton kerana saya ingin menjadi seperti jaguh negara kita iaitu 'Dato' Lee Chong Wei yang mengharumkan nama negara kita Malaysia dan diminati ramai peminat.
            
            BY:Aiman Sew.... karya.Karangan Bahasa Malaysia for format UPSR.

Isnin, 11 Mei 2015

JENIS:Melengkapkan Cerita Tajuk:Akhiri cerita " Semenjak peristiwa itu,Aku menyesal,aku bertekad mengubah perbuatanku yang buruk itu.Aku menangisdan meminta maaf berulang kali kepada ibu bapaku

       Aku merupakan anak emas dalam keluarga kerana aku satu-satunya anak kepada ibu dan ayahku.Aku boleh dikatakan tergolong dalam keluarga anak yang berada.Ayahku seorang usahawan yang berjaya.
       Aku terlalu manja,ibu dan ayahku menatang aku bagai minyak yang penuh.Segala kemahuanku mereka penuhi.Aku bisa mendapat apa sahaja yang aku inginkan.
       Namun,disebabkan kemanjaanku yang berlebihan aku lupa daratan,aku menjadi egois dan bersikap degil.Aku menjadi budak yang nakal.
        Ibu dan ayahku selalu menasihati aku supaya tidak bersikap degil dan rajin belajar.Ayah menaruh harapan yang tinggi dalam pelajaranku.Ayahku berharap agar aku mendapatkan keputusan yang cemerlang dan dapat melanjutkan pelajaranku hingga ke menara gading.Akan tetapi,segala nasihat yang diberikan bagai mencurah air ke daun keladi.
        Kenakalanku bukan sahaja di rumah malahan di sekolah.Di dalam kelas,pantang tiada guru.Aku akan berbuat bising.Aku sering mengejek dan menghina murid yang miskin.Rakan-rakanku juga terdiri daripada budak-budak nakal dan gemar merokok dan mencuri.
        Lama-kelamaan,aku mulai ponteng sekolah.Aku gemar dan leka mengikuti kawan-kawanku melepak di kafe siber untuk bermain permainan komputer berjudi dan merokok.
       Aku mulai mencuri.Suatu hari,aku telah mengambil wang daripada dompet ayahku tanpa pengetahuan dan tanpa disedari oleh ibu dan ayahku untuk berjudi.Sikap panjang tangan semakin menjadi-jadi.Aku ketagihan mencuri.
        Pada suatu hari,aku dan kawan-kawanku memasuki sebuah kedai runcit. Kami merancang untuk mencuri rokok dan wang yang disimpan didalam laci tersebut.Aku tukang curi,manakala kawan yang lain tolong mengintip keadaan.
        Malang tidak berbau.Tanpa kami sedari,perbuatanku yang terkutuk itu telah dirakam CCTV yang dipasang di satu sudut dalam kedai runcit itu.Akhirnya aku telah diberkas oleh pihak polis.Kejadian aku ditangkap polis telah mengejutkan ibu dan ayahku.
        Ibuku sangat kecewa dan terkilan dengan perangaiku.Semenjak peristiwa itu,aku berasa menyesal.Aku bertekad mengubah sikap burukku itu.Aku tidak mahu lagi mengecewakan ibu dan ayahku.Aku menangis meminta maaf berulang kali kepada ibu dan ayahku.

         Oleh: Aiman  Sew. Karya  Sendiri. 
                   Like Pls Give  Komen.TQ.

Khamis, 5 Mac 2015

Jenis Cereka:Pada cuti sekolah yang lalu,kamu telah bercuti di kampung datuk bersama keluarga.Banyak aktiviti yang telah kamu lakukan sepanjang bercuti di sana.Ceritakan aktiviti-aktiviti tersebut.

              Kehasratan untuk saya bercuti di kampung datuk akhirnya tercapai apabila cuti persekolahan yang lalu,ayah membawa kami sekeluarga pulang ke kampung datuk yang terletak berhampiran di Eco Dusun Resort,Bentong,Pahang.
        Kami sekeluarga membonceng kereta ayah ke sana.Perjalanan mengambil masa kira-kira dua jam melalui Lebuhraya Karak akhirnya kami sampai di rumah datuk tepat pukul tiga petang.Datuk dan nenek menyambut kami sekeluarga dengan tangan terbuka.
         Kata nenek kami langkah kanan,kebetulan masa sekarang musim buah-buahan.Saya melompat kegembiraan kerana dapat menikmati pulasan dengan sepuas hati.
         Banyak aktiviti-aktiviti yang dapat saya lakukan sepanjang bercuti di kampung datuk.Saya dapat mandi air sungai bersama datuk,saya dapat memancing ikan haruan dengan datuk serta saya dapat menikmati udara nyaman dan mendengar kicauan burung merbuk yang merdu.
         Pada hari kedua,selepas bersarapan pagi,saya berpeluang mengikuti datuk ke dalam hutan untuk menjerat burung. Menjerat burung merbuk memang hobi datuk.Saya meminta datuk mengajar saya tentang cara-cara untuk menjerat burung.
         Pada sebelah petang,saya menolong nenek menjual kuih-muih di kawasan kampung.Hasil pendapatan menjual kuih-muih itu,nenek gunakan membeli sayur-sayuran untuk memasak makan malam.Saya dapat makan ulaman masakan nenek yang enak.
         Walaupun datuk sudah tua,tetapi dia masih cekap memanjat pokok kelapa.Kami sekeluarga dapat menikmati air kelapa muda yang sedap.Kini musim buah-buahan,di dusun datuk terdapat banyak buah-buahan seperti buah durian, manggis,duku langsat,dokong,rambutan,jambu batu,cempedak dan buah salak.
          Kami sekeluarga dapat menikmati pulasan dengan sepuas-puas hati.Sementara menunggu durian gugur,ayah membakar sabut untuk menghalau nyamuk.Tiba-tiba kami semua terdengar bunyi seperti buah durian gugur.
          Alhamdulillah,kami dapat makan isi durian yang sedap dan wangi.Kata datuk itu durian jenis raja musang".Wah,memang sedap!"kata saya.Datuk mengait buah rambutan,manakala saya menolong datuk mengutip dan masukkan ke dalam bakul besar.Buah rambutan itu untuk pembasuh mulut selepas makan malam.
          Setelah sepuluh hari bercuti di kampung datuk,kami meminta diri pulang ke Kuala Lumpur.Sebelum pulang,datuk memberi beberapa biji buah durian dan sedikit rambutan sebagai buah tangan untuk kami membawa pulamg.Selepas bersalaman dengan datuk dan nenek,kami pun bertolak.
           Saya berasa bangga dan gembira kerana dapat mempelajari serba sedikit tentang cara-cara  kehidupan orang kampung.Dan dapat menjalani  aktiviti-aktiviti yang menarik sepanjang di samping datuk.Saya berharap agar dapat bercuti lagi di kampung datuk pada cuti sekolah yang akan datang.
                                                                                           Like karangan ini, sila give komen.tq,

Rabu, 28 Januari 2015

Jenis Autobiografi : Aku Sebatang Sungai

             Aku ialah sebatang sungai yang hidup di tengah-tengah kota kosmopolitan.Suatu ketika dahulu,akulah nadi pengangkutan utama.Aku membawa dan menghantar barang ke pelbagai tempat.
       Airku merupakan sumber yang tidak ternilai harganya kepada manusia.Air sungaiku bersih dan menjadi tempat mandi-manda di hujung minggu.Aku juga berguna dalam perindustrian dan pertanian.Akulah sumber utama untuk para nelayan mencari rezeki kerana di dalam perutku terdapat pelbagai hidupan air.
        Segala-galanya musnah setelah manusia bijak mencipta pengangkutan moden,ada air paip yang lebih bersih dan tumbuhnya banyak kilang perindustrian.Kilang ini dibuka bagai cendawan tumbuh selepas hujan.Ada diantara kilang-kilang ini membuang sisa toksik ke dalam perutku.Lebih malang lagi aku dijadikan tempat pembuangan sampah.
       Akhirnya aku tercemar,airku dicemari toksik yang beracun.Kesihatanku juga terjejas,Aku sering sakit,Airku tidak sejernih dahulu lagi.Ikan-ikan dan hidupan air yang lain takut menjenggukku.Para nelayan juga menjauhkan diri daripada aku.Keriangan budak bermandi-manda tidak kedengaran lagi.Aku merintih sendirian,tapi tiada siapa yang sudi mendengarnya.
        Nasibku bertambah parah tatkala air kotor dan sisa-sisa toksik dari kilang berhampiran dialirkan kepadaku.Segala sampah-sarap dan dan sisa-sisa toksik yang beracun menutupi wajahku,sehingga manusia boleh berjalan di atasku kerana sampah yang terlalu tebal.
        Sesetengah pengusaha ladang ternakan pula melepaskan air kumbahan ternakan ke dalam sungai dengan sewenang-wenang.Keadaan ini membuatku berbau busuk dan berulat.Manusia benci melihat aku,apa tidaknya akulah pembawa berbagai-bagai jenis penyakit seperti taun dan penyakit kulit kepada penduduk.
        Beginilah nasibku sebagai sebatang sungai.Jika sikap buruk manusia ini berterusan ,aku yakin generasi akan datang tidak akan mengenaliku.Mereka hanya kenal tasik-tasik dan kolam buatan mereka sendiri sahaja.
                                                                        
         Yang suka karangan ini,pls give komen.TQ. 

 karya:Aiman Sew (GURU TUITION )