Jumaat, 5 Disember 2014

Jenis Biografi: Tokoh Seniman Yang Saya Kagumi

          Setiap orang pasti mempunyai tokoh seniman yang dikagumi.Tokoh seniman yang saya kagumi merupakan seorang penghibur yang lucu serta mempunyai suara yang merdu.Setiap filem atau lakonannya pasti akan mencuitkan hati para penonton sehingga ketawa terbahak-bahak apabila menonton wayang lakonannya.
           Tokoh itu ialah Allahyarham Tan Sri P Ramlee.Beliau dilahirkan di Pulau Pinang pada 22 Mac 1929.Ibunya bernama Che Mah Hussien manakala ayahnya bernama Teuku Nyak Puteh Teuku Karim.Beliau mendapstkan pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan menyambung pelajarandi Penang Free School.
            Tan Sri P,Ramlee  memulakan kariernya dengan bermain ukele.Kemudian,beliau belajar bermain gitar dan biola dengan Encik Kamaruddin iaitu pemimpin brass band di Penang Free School.Beliau telah menyertai pertandingan nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947.Belian menggunakan huruf ''P'' bagi Puteh di awal namanya dan kekallah nama P.Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.
           Beliau merupakan seorang seniman terkenal di dalam bidang nyanyian dan lakonan.Filem pertama lakonan Tan Sri .Ramlee ialah 'Chinta' pada tahun 1948.Karier beliau terus berkembang di mana beliau telah berlakon sebanyak 27 buah filem antara tahun 1948 hingga 1956.Salah seorang pendorong dan guru P, Ramlee dalam dunia perfileman melayu ialah Datuk L Krishnan.Tan Sri P. Ramlee telah banyak  berlakon dalam bidang perfileman  melayu arahan Datuk L Krishnan.
           Antara tajuk filem yang menarik dan menghiburkan hati seperti filem bertajuk Seniman Bujang Lapok,Ali Baba Bujang Lapok,Pendekar Bujang Lapok,Madu Tiga,Laksamana Do Re Mi, Do Re Mi,  Nujum Pak Belalang dan Si Bongkok.Filem lakonan beliau yang amat saya  sukai adalah Seniman Bujang Lapok,Madu Tiga,Ali Baba Bujang Lapok, dan Nasib Labu dan Labi.
           Sepanjang penglibatan beliau dalam bidang seni,beliau telah banyak menerima anugerah seperti penyanyi terbaik,pelakon lawak terbaik di tanah air ini.Beliau juga menerima anugerah Khas melalui filem ( Ibu Mertuaku )Beliau meninggal dunia pada hari Selasa 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun.
           Bagi mengenang jasa dan sumbangannya,beliau dianugerahi darjah '' Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota''oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri.Kisah hidup beliau telah dipentaskan dalam satu pementasan teater muzikal yang bertajuk '' P, Ramlee the musikal..... Hidup, Cinta dan Inspirasi''.

361 patah perkataan.

17 ulasan:

  1. like, give komen,t,q, cita by aiman

    BalasPadam
  2. Teralu panjang.Harap pendek sikit.Tak sempat salin.

    BalasPadam
  3. Teralu panjang.Harap pendek sikit.Tak sempat salin.

    BalasPadam
  4. hebat gila karangan hang walaupun panjang.calon UPSR boleh dapat A kalau dah macam nilah karangan hang. maksud saya siapa yang bacalah karangan ni.kalau tak baca mana saya tahu sama ada calon tu dapat A ke tak.terima kasihla ye.saya pun suka karangan awak ni yang bagus sangat ni.

    BalasPadam
  5. ada kesalahan sedikit pada karangan kamu iaitu mendapstkan.sepattutnya mendapatkan

    BalasPadam
  6. Hmmm panjang juga tapi karangan dia best

    BalasPadam
  7. Betul sangat bes bila saya tengok cerita p ramlee saya tidak tahu ia berasal dari mana ibubapa dia nama apa dan tarikh lahirnya bila

    BalasPadam
  8. Karangan biografi yang bagus serta cerita yang menarik
    ~~~~~(^o^)/ Memang recommend lah blog nii! (^o^)/~~~~~~~

    BalasPadam
  9. Karangan biografi yang bagus serta cerita yang menarik
    ~~~~~(^o^)/ Memang recommend lah blog nii! (^o^)/~~~~~~~

    BalasPadam