Isnin, 11 Mei 2015

JENIS:Melengkapkan Cerita Tajuk:Akhiri cerita " Semenjak peristiwa itu,Aku menyesal,aku bertekad mengubah perbuatanku yang buruk itu.Aku menangisdan meminta maaf berulang kali kepada ibu bapaku

       Aku merupakan anak emas dalam keluarga kerana aku satu-satunya anak kepada ibu dan ayahku.Aku boleh dikatakan tergolong dalam keluarga anak yang berada.Ayahku seorang usahawan yang berjaya.
       Aku terlalu manja,ibu dan ayahku menatang aku bagai minyak yang penuh.Segala kemahuanku mereka penuhi.Aku bisa mendapat apa sahaja yang aku inginkan.
       Namun,disebabkan kemanjaanku yang berlebihan aku lupa daratan,aku menjadi egois dan bersikap degil.Aku menjadi budak yang nakal.
        Ibu dan ayahku selalu menasihati aku supaya tidak bersikap degil dan rajin belajar.Ayah menaruh harapan yang tinggi dalam pelajaranku.Ayahku berharap agar aku mendapatkan keputusan yang cemerlang dan dapat melanjutkan pelajaranku hingga ke menara gading.Akan tetapi,segala nasihat yang diberikan bagai mencurah air ke daun keladi.
        Kenakalanku bukan sahaja di rumah malahan di sekolah.Di dalam kelas,pantang tiada guru.Aku akan berbuat bising.Aku sering mengejek dan menghina murid yang miskin.Rakan-rakanku juga terdiri daripada budak-budak nakal dan gemar merokok dan mencuri.
        Lama-kelamaan,aku mulai ponteng sekolah.Aku gemar dan leka mengikuti kawan-kawanku melepak di kafe siber untuk bermain permainan komputer berjudi dan merokok.
       Aku mulai mencuri.Suatu hari,aku telah mengambil wang daripada dompet ayahku tanpa pengetahuan dan tanpa disedari oleh ibu dan ayahku untuk berjudi.Sikap panjang tangan semakin menjadi-jadi.Aku ketagihan mencuri.
        Pada suatu hari,aku dan kawan-kawanku memasuki sebuah kedai runcit. Kami merancang untuk mencuri rokok dan wang yang disimpan didalam laci tersebut.Aku tukang curi,manakala kawan yang lain tolong mengintip keadaan.
        Malang tidak berbau.Tanpa kami sedari,perbuatanku yang terkutuk itu telah dirakam CCTV yang dipasang di satu sudut dalam kedai runcit itu.Akhirnya aku telah diberkas oleh pihak polis.Kejadian aku ditangkap polis telah mengejutkan ibu dan ayahku.
        Ibuku sangat kecewa dan terkilan dengan perangaiku.Semenjak peristiwa itu,aku berasa menyesal.Aku bertekad mengubah sikap burukku itu.Aku tidak mahu lagi mengecewakan ibu dan ayahku.Aku menangis meminta maaf berulang kali kepada ibu dan ayahku.

         Oleh: Aiman  Sew. Karya  Sendiri. 
                   Like Pls Give  Komen.TQ.

4 ulasan: