Selasa, 4 Oktober 2016

Tajuk. JENIS BIOGRAFI ( Orang yang paling saya sayangi )

       Setiap insan yang hidup di muka bumi ini pasti mempunyai orang yang amat disayangi. Orang yang paling saya sayangi ialah ibu saya. Pepatah ada menyebut" Syurga terletak ditelapak kaki ibu."
        Nama ibu saya Puan Goh.Umurnya empat puluh tahun. Ibu saya cantik dan berhidung mancung.Ibu saya seorang suri rumah.Saban hari,ibu rajin mengemas rumah dan memasak untuk kami sekeluarga.Masakan ibu yang paling saya suka adalah daging masak merah.
         Di rumah ibu sentiasa menasihati kami supaya rajin belajar kerana ilmu itu pelita hidup.Janganlah menjadi kutu embun merayau hingga lewat malam.Akhirnya membinasakan masa depan sendiri.
          Ibu juga mendidik kami harus mempunyai sikap bertoleransi dan bertimbang rasa.Sikap rendah diri dan sedia menolong orang lain harus disemai dalam hati naluri setiap orang.Janganlah kita bersikap sombong apabila berada ditempat orang lain.Kita hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan seperti peribahasa "Masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang kerbau menguak".
        Ibu saya seorang yang penyayang tetapi bersikap tegas.Ibu selalu memberi tunjuk ajar kepada kami hendaklah sentiasa berwaspada "Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis".Ibu juga berpesan kepada kami,jika hendak melakukan sesuatu tugas haruslah "Genggam bara api biar sampai jadi arang."Jangan hanya hangat-hangat tahi ayam dan mudah berputus asa.
          Didikan dan pesanan ibu akan saya tanami di setiap sudut hati saya.Saya sayang akan ibu saya.Saya akan senantiasa rajin belajar.Saya tidak mahu menghampakan harapan ibu terhadap saya.

            Sekian.  
                           Daripada: Guru Tiution 
                                             ( Aiman Sew ).












8 ulasan:

  1. There are nice words and interesting. I love to read this.
    Thanks for sharing,

    Silver Updates
    Mcx Tips Free Trial

    BalasPadam
  2. Terima kasik. Saya dapat mengetahui pelbagai kosa kata

    BalasPadam
  3. πŸ΄πŸ΄πŸ΄πŸ΄πŸ΄πŸπŸπŸπŸ¬πŸ¬πŸ¬πŸ¬πŸ¬πŸ‹πŸ³πŸ³πŸŠπŸŠπŸ¦„πŸ¦„πŸ¦„πŸ¦„πŸ¦„πŸ¦„πŸ¦„πŸ¦„πŸ¦„πŸ¦„

    BalasPadam
  4. Bagus kerana banyak peribahasa dan pepatah Melayu.

    BalasPadam