Isnin, 24 Ogos 2015

Jenis Ceraka Tajuk : Pengalaman memancing.

          Pagi ini cuaca cerah,tiupan angin bayu sesekali bermaharajalela diluar.Saya dan Azam berkumpul di rumah Imran bersama-sama dengan kawan-kawan yang lain.Kami menyediakan peralatan untuk memancing.Joran,mata kail,baldi dan umpan seperti cacing dan udang kecil serta sedikit makanan untuk alas perut.
           Setelah siap,kami bergerak menuju ke sebatang sungai yang terletak di hujung kampung.Kami semua menunggang basikal sambil bersiul-siul riang.Kami berharap akan mendapat ikan yang banyak.
           Setibanya di sana,suasana sunyi dan air tenang.Kami segera memilih lokasi yang sesuai.Kami mula memasang umpan pada mata kail dan terus memancing.
            Kami memancing sambil isi perut dengan makanan yang dibawa.Beberapa ketika,joran Azam bergerak-gerak seperti ditarik sesuatu.Azam merentap joran dan melihat,kegembiraan terpancar diwajahnya apabila seekor ikan patin besar tersangkut pada mata kailnya.
            Sejurus itu,joran saya juga bergerak-gerak,saya mendapat seekor ikan haruan. Imran memberi isyarat tanda bagus,memang rezeki kami hari ini.Kami memasukkan ikan itu ke dalam sebuah baldi yang berisi air.
           Kami semakin teruja apabila umpan kami itu mengena.Kami berlumba-lumba untuk mendapat lebih banyak ikan.Tiba-tiba kami semua dikejutkan oleh jeritan meminta tolong!
           Saya dan Imran segera meletakkan joran,kawan-kawan yang lain terus memancing.Kami melilau mencari arah datangnya suara itu.Jeritan meminta tolong semakin kedengaran dengan jelas.Tiba-tiba saya terlihat seorang budak lelaki terkapai-kapai dan hampir lemas.
           Tanpa berfikir panjang,saya terus terjun ke dalam sungai.Saya berenang ke arah budak itu dan terus mencapai tangannya.Imran segera mencari dahan yang panjang untuk saya berpaut.Akhirnya selamat sampai di tebing sungai.Budak itu pengsan,kami memapah budak itu ke tempat kami memancing.
            Syukurlah,Azam pernah belajar cara-cara melakukan pertolongan cemas di sekolah.Azam segera memberi bantuan pernafasan dari mulut ke mulut.Akhirnya budak itu tersedar.
            Rancangan berlumba-lumba memancing ikan tidak kesampaian.Kami semua mengemas peralatan,niat untuk menghantar budak itu balik ke rumahnya tercapai kerana semuanya bersetuju.
            Kami semua sebulat sekata menghantar budak itu sampai ke rumahnya.Keluarga budak itu mengucapkan ribuan terima kasih kepada kami semua.Ibu bapa budak itu mengundang kami minum petang di rumahnya.Tetapi kami menolak dengan sopan kerana pertolongan kami ikhlas.
            Di dalam hati,saya berasa bangga kerana bak pepatah" Buat baik,di balas baik."Banyak kita berbuat baik,banyak lagi pahala yang kita dapat.
         
      Karya:Aiman Sew( guru tuition)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan