Selasa, 6 Februari 2018

Tajuk : SUATU KEBAKARAN YANG SAYA SAKSIKAN / karangan jenis cereka

        Cuaca setempat kelihatan panas terik.Wap panas seolah-olah keluar dari bumi dan merayap keseluruhan lembah ini.Angin panas sesekali bermaharajalela di luar.
         Saya dan beberapa orang jiran sedang bersibuk-sibuk menolong di rumah orang kenduri kahwin.Ketika itu suasana menjadi begitu meriah dengan pelbagai telatah dan gelagat orang-orang kampung yang sedang sibuk dengan kerja masing-masing.
          Ada yang sedang makan sambil berbual-bual.Ada pula yang sedang sibuk memasak lauk-pauk kenduri.Sebilangan kanak-kanak sibuk bermain sambil berlari ke sana sini dengan penuh keriangan.
          Tiba-tiba kami dikejutkan suara orang memekik meminta tolong.Suasana gembira tiba-tiba bertukar menjadi riuh apabila sebuah rumah berdekatan terbakar dijilat api.Mata saya terbeliak luas apabila melihat kepulan asap yang semakin tebal dan api yang semakin marak. 
          Situasi menjadi kelam-kabut di rumah kenduri.Kedengaran riuh-rendah suara penduduk kampung yang bertungkus-lumus cuba menyelamatkan keadaan.Masing-masing sibuk mengangkut air untuk memadamkan api. Saya turut membantu memadamkan kebakaran selain menyelamatkan beberapa dokumen-dokumen penting pemilik.
          Pihak polis dan bomba telah dihubungi melalui telefon bimbit salah seorang daripada orang ramai yang berada disitu.Lima minit kemudian dua buah jentera bomba tiba untuk memadamkan kebakaran tersebut daripada merebak ke rumah-rumah berhampiran.
          Dalam masa setengah jam api telah dapat dipadamkan.Kebanyakan harta-benda pemilik tidak dapat diselamatkan.Punca kebakaran itu masih belum diketahui.
     
           Sekian,terima kasih.
    Guru home tuition
    Aiman Sew 010-4234828.
           

Rabu, 9 Ogos 2017

         Hidupku tidak seperti insan lain yang mempunyai tubuh anggota badan yang sempurna.Sejak lahir aku berkeadaan tempang,namunku rela terima apa yang tuhan kurniakan keatas diriku ini.Aku tidak pernah menyalahkan tuhan,aku juga tidak menyalahkan ibuku yang melahirkan aku dalam keadaan cacat.
          Tapi aku sedih kerana aku sering dihina,diejek dan dibuli oleh budak-budak dikampung mahu pun disekolah. Lebih malang lagi aku sering didera sekumpulan budak nakal yang sekampung denganku.
           Kesakitan dibaling batu-batu kecil oleh sekumpulan kanak-kanak nakal tadi masih terasa.Aku mengusap-usap lengannya yang terasa perit dengan perlahan-lahan.Tanganku calar-balar dan luka.Mataku terbeliak melihat darah merah tercalit ditangan.mendadak air mataku menitis laju ke pipi.Hatiku teramat-amatnya sebak.
          Aku terus menuju ke sebuah pantai dalam keadaan sedih dan luka.Aku membersihkan lukaku dengan air pantai sambil menjerit sepuas hatiku untuk melepaskan geram dan kesedihanku."Apa salah aku?Apa salah aku?Kenapa...kenapa budak-budak semua benci aku?Aku juga manusia,aku pun nak hidup macam orang lain. 
          Di bawah pokok beringin yang tumbuh rendang.Aku duduk bersandar.Air mata yang meleleh laju dibiarkan saja membasahi pipi.

 BERSAMBUNG....

Isnin, 10 April 2017

Karangan Jenis Gambaran \ Keperihalan TAJUK: KEGIATAN HARAM DI SEBUAH RUMAH USANG.

         Saya dan Aizat ialah wartawan dari sebuah Syarikat Penerbitan Akhbar Sinar.Kami diarahkan oleh syarikat untuk membuat liputan tentang hal aneh yang berlaku di sebuah kampung.
          Setiba di perkampungan itu,kami melepak disebuah kedai warung untuk melepaskan dahaga.Acap kali telah menjadi buah mulut orang-orang kampung menceritakan hal kanak-kanak menangis disebuah rumah usang.
          Menjelang senja,kami bersiap sedia menuju ke rumah usang itu untuk meninjau keadaan yang sebenar.Kami bersembunyi disebalik semak yang tidak tinggi dan tidak agak jauh dari rumah usang itu. 
          Suara tangisan kanak-kanak jelas kedengaran sehingga menusuk ke cuping telinga.Saya dan Aizat cuba memberanikan diri untuk menghampiri rumah yang dikatakan berpuaka itu.Selangkah demi selangkah amat kami berhati-hati agar tidak merosakkan situasi.
           Saya menjengguk ke dalam rumah itu melalui celah-celah tingkap.Hatiku berdolak, jantungku berdengup kencang.Saya menjadi kaku sebentar kerana mendapati bahawa rumah usang yang dikatakan berpuaka itu sebenarnya dijadikan tempat melakukan kegiatan haram seperti memperdagangkan kanak-kanak.
          Saya dan Aizat segera patah balik memberitahu dan menceritakan hal yang sebenar kepada orang-orang kampung.Ketua kampung segera mengumpulkan orang ramai,Aizat menghubungi pihak polis melalui telefon bimbitnya.
          Tiga buah kerata palang polis datang untuk mengepung rumah usang itu. Akhirnya kesemua penjenayah berjaya diberkas oleh pihak polis. Kami nenerima dan diterima kepujian oleh pihak polis dan jugak orang-orang kampung. Kami dialu-alukan oleh orang kampung untuk bermalam dikampung itu kerana hari telah lewat malam.
           Keesokkan pagi, setelah bersalaman dengan ketua kampung,kami meminta diri dan pulang ke syarikat.Pihak syarikat menyampaikan penganugerahan kepada kami diatas kebijaksaan kami. 
                                                                                              SEKIAN. TERIMA KASIH  
                                                                                           KARYA: Cikgu Aiman Sew
         0104234828  

Selasa, 4 Oktober 2016

Tajuk. JENIS BIOGRAFI ( Orang yang paling saya sayangi )

       Setiap insan yang hidup di muka bumi ini pasti mempunyai orang yang amat disayangi. Orang yang paling saya sayangi ialah ibu saya. Pepatah ada menyebut" Syurga terletak ditelapak kaki ibu."
        Nama ibu saya Puan Goh.Umurnya empat puluh tahun. Ibu saya cantik dan berhidung mancung.Ibu saya seorang suri rumah.Saban hari,ibu rajin mengemas rumah dan memasak untuk kami sekeluarga.Masakan ibu yang paling saya suka adalah daging masak merah.
         Di rumah ibu sentiasa menasihati kami supaya rajin belajar kerana ilmu itu pelita hidup.Janganlah menjadi kutu embun merayau hingga lewat malam.Akhirnya membinasakan masa depan sendiri.
          Ibu juga mendidik kami harus mempunyai sikap bertoleransi dan bertimbang rasa.Sikap rendah diri dan sedia menolong orang lain harus disemai dalam hati naluri setiap orang.Janganlah kita bersikap sombong apabila berada ditempat orang lain.Kita hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan seperti peribahasa "Masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang kerbau menguak".
        Ibu saya seorang yang penyayang tetapi bersikap tegas.Ibu selalu memberi tunjuk ajar kepada kami hendaklah sentiasa berwaspada "Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis".Ibu juga berpesan kepada kami,jika hendak melakukan sesuatu tugas haruslah "Genggam bara api biar sampai jadi arang."Jangan hanya hangat-hangat tahi ayam dan mudah berputus asa.
          Didikan dan pesanan ibu akan saya tanami di setiap sudut hati saya.Saya sayang akan ibu saya.Saya akan senantiasa rajin belajar.Saya tidak mahu menghampakan harapan ibu terhadap saya.

            Sekian.  
                           Daripada: Guru Tiution 
                                             ( Aiman Sew ).












Isnin, 24 Ogos 2015

Jenis Ceraka Tajuk : Pengalaman memancing.

          Pagi ini cuaca cerah,tiupan angin bayu sesekali bermaharajalela diluar.Saya dan Azam berkumpul di rumah Imran bersama-sama dengan kawan-kawan yang lain.Kami menyediakan peralatan untuk memancing.Joran,mata kail,baldi dan umpan seperti cacing dan udang kecil serta sedikit makanan untuk alas perut.
           Setelah siap,kami bergerak menuju ke sebatang sungai yang terletak di hujung kampung.Kami semua menunggang basikal sambil bersiul-siul riang.Kami berharap akan mendapat ikan yang banyak.
           Setibanya di sana,suasana sunyi dan air tenang.Kami segera memilih lokasi yang sesuai.Kami mula memasang umpan pada mata kail dan terus memancing.
            Kami memancing sambil isi perut dengan makanan yang dibawa.Beberapa ketika,joran Azam bergerak-gerak seperti ditarik sesuatu.Azam merentap joran dan melihat,kegembiraan terpancar diwajahnya apabila seekor ikan patin besar tersangkut pada mata kailnya.
            Sejurus itu,joran saya juga bergerak-gerak,saya mendapat seekor ikan haruan. Imran memberi isyarat tanda bagus,memang rezeki kami hari ini.Kami memasukkan ikan itu ke dalam sebuah baldi yang berisi air.
           Kami semakin teruja apabila umpan kami itu mengena.Kami berlumba-lumba untuk mendapat lebih banyak ikan.Tiba-tiba kami semua dikejutkan oleh jeritan meminta tolong!
           Saya dan Imran segera meletakkan joran,kawan-kawan yang lain terus memancing.Kami melilau mencari arah datangnya suara itu.Jeritan meminta tolong semakin kedengaran dengan jelas.Tiba-tiba saya terlihat seorang budak lelaki terkapai-kapai dan hampir lemas.
           Tanpa berfikir panjang,saya terus terjun ke dalam sungai.Saya berenang ke arah budak itu dan terus mencapai tangannya.Imran segera mencari dahan yang panjang untuk saya berpaut.Akhirnya selamat sampai di tebing sungai.Budak itu pengsan,kami memapah budak itu ke tempat kami memancing.
            Syukurlah,Azam pernah belajar cara-cara melakukan pertolongan cemas di sekolah.Azam segera memberi bantuan pernafasan dari mulut ke mulut.Akhirnya budak itu tersedar.
            Rancangan berlumba-lumba memancing ikan tidak kesampaian.Kami semua mengemas peralatan,niat untuk menghantar budak itu balik ke rumahnya tercapai kerana semuanya bersetuju.
            Kami semua sebulat sekata menghantar budak itu sampai ke rumahnya.Keluarga budak itu mengucapkan ribuan terima kasih kepada kami semua.Ibu bapa budak itu mengundang kami minum petang di rumahnya.Tetapi kami menolak dengan sopan kerana pertolongan kami ikhlas.
            Di dalam hati,saya berasa bangga kerana bak pepatah" Buat baik,di balas baik."Banyak kita berbuat baik,banyak lagi pahala yang kita dapat.
         
      Karya:Aiman Sew( guru tuition)

Rabu, 1 Julai 2015

JENIS CEREKA : Sukan yang saya minati .

           Dewasa ini,ramai orang yang terlibat dalam aktiviti sukan.Aktiviti sukan ini penting kepada kita,bangsa dan negara.
            Aktiviti ini dilakukan sepenuh masa,separuh masa atau hanya sebagai aktiviti riadah.Aktiviti sukan ini memberikan faedah yang banyak kepada seseorang.
            Aktiviti sukan yang saya minati ialah sukan badminton.Sukan badminton ini merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh dua orang pemain bertentangan ( perseorangan ) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu) .
            Permainan badminton ini sesuai dimainkan pada waktu petang ataupun pada waktu malam.Kita boleh bermain badminton di gelanggang badminton yang disediakan di taman permainan mahupun menyewa gelanggang badminton.
            Saya suka bermain badminton kerana pemainan ini dapat melatih kecekapan dan ketangkasan saya ketika bertindak balas terhadap pasukan berlawan.Bermain badminton dapat menyihatkan badan kita.Sewaktu bermain badan kita akan mengeluarkan banyak peluh.Hal ini kerana anggota fizikal akan digerakkan dengan aktif.
           Aktiviti bersukan ini juga dapat menyindari seseorang daripada penyakit berbahaya seperti penyakit jantung,darah tinggi, dan kencing manis.Bersukan secara aktif menyebabkan kita bebas dijangkti penyakit berbahaya mahupun penyakit berjangkit.
           Dalam pada itu,aktiviti bermain badminton juga dapat merapatkan hubungan antara ahli keluarga dan rakan-rakan.Hal ini demikian kerana lazimnya kita bersukan dengan orang lain,dan bukannya bersendirian.Malahan,pengetahuan tentang sesuatu bidang sukan juga dapat diperluas.
           Disamping itu,kita dapat melatih diri untuk menguruskan masa secara bijak.Kita juga dapat mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala-gejala negatif.
           Saya suka bermain badminton kerana saya ingin menjadi seperti jaguh negara kita iaitu 'Dato' Lee Chong Wei yang mengharumkan nama negara kita Malaysia dan diminati ramai peminat.
            
            BY:Aiman Sew.... karya.Karangan Bahasa Malaysia for format UPSR.

Isnin, 11 Mei 2015

JENIS:Melengkapkan Cerita Tajuk:Akhiri cerita " Semenjak peristiwa itu,Aku menyesal,aku bertekad mengubah perbuatanku yang buruk itu.Aku menangisdan meminta maaf berulang kali kepada ibu bapaku

       Aku merupakan anak emas dalam keluarga kerana aku satu-satunya anak kepada ibu dan ayahku.Aku boleh dikatakan tergolong dalam keluarga anak yang berada.Ayahku seorang usahawan yang berjaya.
       Aku terlalu manja,ibu dan ayahku menatang aku bagai minyak yang penuh.Segala kemahuanku mereka penuhi.Aku bisa mendapat apa sahaja yang aku inginkan.
       Namun,disebabkan kemanjaanku yang berlebihan aku lupa daratan,aku menjadi egois dan bersikap degil.Aku menjadi budak yang nakal.
        Ibu dan ayahku selalu menasihati aku supaya tidak bersikap degil dan rajin belajar.Ayah menaruh harapan yang tinggi dalam pelajaranku.Ayahku berharap agar aku mendapatkan keputusan yang cemerlang dan dapat melanjutkan pelajaranku hingga ke menara gading.Akan tetapi,segala nasihat yang diberikan bagai mencurah air ke daun keladi.
        Kenakalanku bukan sahaja di rumah malahan di sekolah.Di dalam kelas,pantang tiada guru.Aku akan berbuat bising.Aku sering mengejek dan menghina murid yang miskin.Rakan-rakanku juga terdiri daripada budak-budak nakal dan gemar merokok dan mencuri.
        Lama-kelamaan,aku mulai ponteng sekolah.Aku gemar dan leka mengikuti kawan-kawanku melepak di kafe siber untuk bermain permainan komputer berjudi dan merokok.
       Aku mulai mencuri.Suatu hari,aku telah mengambil wang daripada dompet ayahku tanpa pengetahuan dan tanpa disedari oleh ibu dan ayahku untuk berjudi.Sikap panjang tangan semakin menjadi-jadi.Aku ketagihan mencuri.
        Pada suatu hari,aku dan kawan-kawanku memasuki sebuah kedai runcit. Kami merancang untuk mencuri rokok dan wang yang disimpan didalam laci tersebut.Aku tukang curi,manakala kawan yang lain tolong mengintip keadaan.
        Malang tidak berbau.Tanpa kami sedari,perbuatanku yang terkutuk itu telah dirakam CCTV yang dipasang di satu sudut dalam kedai runcit itu.Akhirnya aku telah diberkas oleh pihak polis.Kejadian aku ditangkap polis telah mengejutkan ibu dan ayahku.
        Ibuku sangat kecewa dan terkilan dengan perangaiku.Semenjak peristiwa itu,aku berasa menyesal.Aku bertekad mengubah sikap burukku itu.Aku tidak mahu lagi mengecewakan ibu dan ayahku.Aku menangis meminta maaf berulang kali kepada ibu dan ayahku.

         Oleh: Aiman  Sew. Karya  Sendiri. 
                   Like Pls Give  Komen.TQ.